mcmc
Maklumat Setempat

TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN KEPADA USAHAWAN PEDI

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada Usahawan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK).
 
Program webinar ini akan memberikan penerangan berkenaan pendaftaran perniagaan SSM serta tawaran inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada kepada golongan sasaran serta penerangan berkenaan Kod QR SSM BizTrust yang merupakan “Business Starter Kit” yang diberi secara PERCUMA kepada usahawan seperti berikut:
 
Tajuk Taklimat     :  Sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada Usahawan PEDi
Tarikh Program    :  25 September 2023 (Isnin)
Masa                     : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Pendaftaran          :  https://forms.office.com/r/gmZNVrxbwb
Tempat                 :  Pautan Microsoft Team – link akan di email kemudian
 
Sasaran penyertaaan program adalah seperti berikut:
Peniaga kecil dan Penjaja (separuh masa/sepenuh masa)
?Peniaga atas talian dan media sosial
?Peniaga secara jualan langsung, dropshipper,agen insurans, agen penapis air dan sebagainya
?Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)
 
 
PEDI-BULAN-SEPT