Norma baru akibat pandemik COVID-19 telah menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap Internet untuk kelangsungan kehidupan, termasuk cara penyampaian pembelajaran kepada pelajar sekolah. Perubahan ini mendorong lebih ramai kanak-kanak di Malaysia menggunakan Internet dan merasai pengalaman berada di dalam dunia siber.
Walaupun penggunaan Internet terbukti memberi banyak manfaat dan membuka pelbagai peluang keemasan kepada penggunanya, namun risiko dan ancaman dalam talian adalah sesuatu yang nyata terutamanya bagi mereka yang berfikiran naif dan mudah terdedah kepada bahaya seperti kanak-kanak.
Justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Tabung Pertubuhan Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) akan menganjurkan sebuah seminar bagi membincangkan isu-isu kritikal mengenai perlindungan kanak-kanak dalam talian serta usaha untuk meningkatkan keselamatan mereka semasa berada di dalam talian.
Kami amat berbesar hati untuk menjemput tuan/ puan menyertai seminar ini secara langsung di FB Klik Dengan Bijak pada perincian seperti berikut:
SEMINAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DI DALAM TALIAN DI MALAYSIA
Tarikh : 30 Mac 2021 (Selasa
Masa : 9 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : LIVE FB Klik Dengan Bijak