Program MohUp STeP Bantu!!

Galeri Foto | 26 October 2025

Tarikh     : 7 Oktober 2025
Hari        : Selasa
Masa      : 9.00am – 1.00pm
Tempat   : NADI Sitiawan
 
Program Moh Komer Usahawan Perak STeP Bantu! (MohUp STeP Bantu!!) yang dianjurkan oleh Sekretariat Usahawan Perak (STeP) telah dilaksanakan di lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Sitiawan bagi membantu para usahawan Perak mendaftar serta mengemaskini maklumat perniagaan mereka dalam Sistem Maklumat Usahawan Perak (PERAK SME-D BASE) iaitu sistem pengkalan data rasmi usahawan Perak. 

Program ini turut memberi fokus membantu usahawan Perak mengenai penggunaan sistem digital kepentingan kemas kini maklumat bagi memudahkan akses kepada peluang dan bantuan usahawan di negeri Perak.