Pada 14 Mac telah berlangsung dengan jayanya Program Bazar Raya NADI 2026 bertempat di NADI Sitiawan bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program antaranya jualan usahawan raya, bacaan Yasin, aktiviti mewarna kanak-kanak , NADI Kidventure, NADI Empowerher serta NADI Preneur yang mendapat sambutan meriah daripada komuniti setempat. Program ini turut memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan dan menjual produk raya kepada orang ramai.
Terima kasih kepada semua pengunjung, usahawan serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan komuniti serta memeriahkan suasana menjelang Aidilfitri.
#meriahbazarrayaNADI













