mcmc
Aktiviti Semasa

LAWATAN NEGARA PRESIDEN XI JINPING KE MALAYSIA

Lawatan negara Presiden Xi Jinping ke Malaysia mencatat sejarah baharu hubungan dua hala apabila 31 Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara kedua-dua negara.
Bagi Kementerian Komunikasi, MoU dengan negara tembok besar itu memberi fokus kepada kerjasama dalam bidang berita dan perkongsian maklumat.
Ini merupakan langkah penting ke arah memperkukuh diplomasi media, memperluas akses maklumat, dan mempererat hubungan rakyat Malaysia-China.
Kunjungan Presiden Xi selepas 12 tahun turut mencerminkan peranan Malaysia yang semakin penting dalam landskap geoekonomi Asia Tenggara, terutamanya dalam kerangka kerjasama ASEAN-China yang semakin erat.