TANAMAN CILI DANIEL
Tanaman cili yang terletak di Kampung Sitiawan
diusahakan oleh anak muda berumur 28 tahun, En. Muhammad Daniel bin Salehuddin.
Beliau memulakan perniagaan cili ini pada bulan April 2016.
Perniagaan cili ini merupakan pekerjaan sepenuh masa beliau.
Beliau mengusahakan tananam cili ini sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
Beliau akan mula ke ladang cili yang terletak berhampiran rumah nenek beliau
pada pukul 7 pagi hingga 10.30 pagi untuk memeriksa dan mengutip hasil tanamannya.
Pada sebelah petang pula, beliau akan meracun dan membaja tanaman cilinya.
Beliau menanam dua jenis cili iaitu cili besar dan cili padi.
TANAMAN SAYUR-SAYURAN
Nama Petani : Lee Hoi Tiong
Jenis Tanaman : Sayuran berdaun
Keluasan Tanaman : 0.8 hektar
Lokasi/Tapak Tanaman : Kampung Sungai Rumput, Kampung Sitiawan
Dun : Sitiawan
Parlimen : Lumut